Covid-19: Ketua Kampung, JKKK diminta pantau pergerakan keluar masuk penduduk

Situasi terkini kes Covid19 dan taburan kes mengikut Mukim bagi daerah Tuaran serta kes Covid19 Malaysia 19 Ogos 2021.



Penularan jangkitan Covid-19 yang kini telah merebak ke kawasan luar bandar amat membimbangkan penduduk kampung.

Sehubungan itu, Klinik Kesihatan meminta semua Ketua Kampung dan JKK Kampung supaya memantau pergerakan keluar masuk penduduk kampung masing-masing.

“Dinasihatkan juga sebarang pergerakan keluar atau masuk yang tidak penting perlu dielakkan. Sekiranya terdapat urusan penting, pastikan mematuhi segala SOP yang dikeluarkan kerajaan.

“Kepulangan ahli-ahli keluarga ke kampung masing-masing tidak digalakkan pada masa kini, sekiranya mempunyai kebenaran PDRM atau ada urusan penting, maka ahli-ahli keluarga tersebut perlu mematuhi SOP sedia ada, biarpun telah lengkap 2 dos vaksinasi,” katanya dalam perkongsian media sosial whatsapp.

Klinik Kesihatan, telah mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama Ketua-Ketua Kampung dan Wakil-Wakil Kampung bertujuan menyampaikan perkara itu.

Klinik Kesihatan turut memberi ingatan kepada warga penduduk kawasan kampung sekitarnya supaya terus mengambil langkah-langkah pencegahan.

“Berdasarkan penilaian risiko dan laporan yang diterima oleh pihak kesihatan daripada maklumat diberikan oleh Ketua-Ketua Kampung dan individu-individu terlibat.

“Pihak Klinik Kesihatan, ingin menasihati semua penduduk dalam kawasan Kampung sekitarnya untuk melakukan langkah-langkah pencegahan Covid-19,” katanya.

Klinik Kesihatan turut mengingatkan penduduk kampung, sekiranya ada kes positif atau disyaki positif di kampung, Ketua Kampung perlu memastikan kesahihan informasi tersebut dengan individu atau keluarga terbabit sebelum memberi maklumat tersebut ke pihak kesihatan/klinik.

“Sekiranya tiada keperluan mendesak, elakkan untuk keluar dari kampung masing-masing. Penduduk kampung yang ingin mendapatkan perkhidamtan di Klinik Kesihatan Simpangan perlu membuat temujanji terlebih dahulu,” katanya.

Penduduk kampung juga diingatkan supaya sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.

“Diharapkan kita semua bersama-sama melakukan peranan masing-masing untuk memastikan kita dapat memutuskan rantaian jangkitan,” katanya.

Berdasarkan laporan harian Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran, setakat hari ini (19 Ogos) sebanyak 4 empat kes dilaporkan di Mukim Lembah dan Mukim Nabalu (10 kes).

Secara keseluruhannya Tuaran merekodkan sebanyak 174 kes baharu positif Covid-19 hari ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.