Bekas ketua Kampung Pangi, Udin Bakiwoh (atas motosikal) turut menghasilkan ‘motosikal troli’ sendiri untuk kegunaan keluarganya. |
TENOM: “Sampai bila kami hendak menggunakan motosikal di landasan kereta api. Kami impikan untuk menunggang motosikal di jalan raya,”.
Itu ungkapan anak muda Kampung (Kg) Pangi yang ingin melihat perubahan berlaku di kampung mereka.
Jhayley Jinigol @ Jinigoh, 26, berkata, sudah terlalu lama penduduk di Kg Pangi menyimpan hasrat melihat akses jalan raya dibina di kampung mereka namun, sehingga kini keadaan masih sama seperti 20 tahun yang lalu.
Katanya, mereka masih perlu menggunakan motosikal troli sebagai kemudahan alternatif apabila perkhidmatan kereta api dihentikan sementara waktu sama ada disebabkan tanah runtuh mahupun sekatan pergerakan.
Jika 29 tahun lalu, mereka terpaksa menggunakan troli kayu secara manual menggunakan sebatang kayu kini, mereka beralih kepada motosikal troli yang bergerak lebih pantas.
'Kami impikan naik motosikal di Jalan Raya, bukan lagi di Landasan kereta api' |
Jhayley Jinigol |
Tanpa motosikal troli, hasil pertanian penduduk kampung tidak dapat dibawa keluar dan dijual di Pekan Tenom.
Dengan adanya motosikal troli, masa perjalanan mereka ke Pekan Tenom lebih singkat iaitu selama 30 minit berbanding 2 jam 20 minit semasa menggunakan troli secara manual.
“Malah, masa perjalanan juga lebih pendek iaitu sejam jika menggunakan motosikal troli berbanding 2 jam 30 minit semasa menggunakan troli manual,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Berkongsi pengalaman sepanjang menyediakan khidmat motosikal troli ini, Jhayley berkata, dia merasa bersyukur kerana sepanjang menghantar pesakit
Penduduk menggunakan ‘motosikal troli’ untuk menghantar hasil tanaman ke pekan Tenom. |
Post a Comment