Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kejadian berlaku jam 5.12 pagi apabila kenderaan sedan dipandu mangsa dirempuh sebuah kereta kompak di Jalan Lintas, berhampiran sebuah restoran di Cybercity.
Katanya, mangsa berumur 46 tahun yang bekerja sebagai kerani di Sekolah Kebangsaan St Francis Convent Kota Kinabalu, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah manakala anak perempuannya selamat.
Kasim berkata, impak kemalangan menyebabkan pemandu kereta sedan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.
"Hasil siasatan mendapati kecuaian disebabkan oleh pemandu kenderaan kompak berkenaan yang cuai di dalam pemanduannya sehingga hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke arah laluan bertentangan dan merempuh pemandu sedan.
Sementara itu, sepasukan anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan berada di lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta sedan.
Post a Comment
0Comments