Kes baharu Covid-19 di Sabah terus menurun, hari ini 2,310

Foto Fail BERNAMA

Masidi: Kita berharap 40% penduduk dewasa Sabah akan memperolehi vaksin yang lengkap menjelang malam Hari Kebangsaan.



KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 2,310 kes baharu hari ini, turun 268 kes berbanding kelmarin (2,578).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Tuaran juga melaporkan penurunan kes sebanyak 210 kepada 259 hari ini, berbanding 469 kelmarin.

Papar (-68) dan Telupid (-59) juga turun dengan banyak, tetapi Penampang naik 109 kes, katanya.

“Daripada 2,310 kes hari ini, saringan kontak rapat kekal penyumbang utama dengan 1,342 (58.1%), smentara daripada saringan bergejala pula sebanyak 680 kes (29.4%) dan 37 kes daripada saringan kluster sediada.

“2,016 kes baharu melibatkan warganegara Malaysia dan 294 adalah warga asing. Imbangan antara lelaki dan perempuan hampir sama, iaitu lelaki 1,202 dan perempuan ,1,108,” jelasnya.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun
Kes-kes dalam kategori dua masih menjadi kumpulan terbanyak dengan 1,485 kes, diikuti oleh kategori satu dengan 702 kes, kategori tiga (26 kes), kategori empat (7) dan kategori lima (5). Sebanyak 85 kes masih dalam siasatan.

“Masih ada keputusan kes-kes yang lewat didaftar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Hari ini 38.2% (882) kes didaftar lewat antara 2-3 hari, 9.4% (216) kes lewat daftar antara 4-5 hari dan 11.3% (260) kes lewat daftar melebihi 5 hari,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Beliau turut memaklumkan setakat semalam, 38.0% penduduk dewasa Sabah telahpun melengkapkan pengambilan vaksin dan 57.2% telah memperolehi satu dos.

“Menjelang malam Hari Kebangsaan (31 Ogos) kita berharap 40% penduduk dewasa Sabah akan memperolehi vaksin yang lengkap,” katanya. - Warta Oriental Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 536 (586)
Tuaran 259 (469)
Sandakan 252 (249)
Penampang 237 (128)
Tawau 148 (206)
Keningau 113 (84)
Kota Belud 98 (111)
Kota Marudu 95 (52)
Lahad Datu 80 (63)
Kinabatangan 50 (38)
Papar 49 (117)
Tenom 47 (50)
Putatan 44 (58)
Telupid 42 (101)
Nabawan 40 (28)
Sipitang 38 (12)
Ranau 37 (44)
Beaufort 25 (20)
Pitas 21 (35)
Beluran 19 (5)
Kudat 16 (23)
Tongod 15 (48)
Kalabakan 14 (18)
Kuala Penyu 11 (5)
Kunak 8 (12)
Tambunan 6 (6)


(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 29/08)

Tidak ada kluster baharu

Post a Comment

Previous Post Next Post