Kluster Sibulu kembali menghantui Tenom, 77 kes baharu kelmarin

Kluster Sibulu merupakan kluster yang mencatatkan jumlah kes tertinggi di Sabah kelmarin



KOTA KINABALU: Kluster Sibulu yang melibatkan tapak binaan hidro dalam Mukim Kuala Tomani sini mencatatkan 77 kes baharu kelmarin.

Kes lain yang direkodkan di daerah kelmarin datang daripada saringan kontak rapat sebanyak empat kes dan satu kes daripada saringan lain-lain, menjadikan jumlah keseluruhannya 82 kes.

Menurut kenyataan media Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun kelmarin, Kluster Sibulu juga merupakan kluster yang mencatatkan jumlah kes tertinggi di Sabah pada kelmarin.

Ini diikuti oleh Kluster Sawit Baiduri – Lahad Datu yang merekodkan 74 kes baharu dan Kluster Kayu Patikang – Keningau dengan 33 kes baharu.

Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhannya 233 kes baharu datang daripada saringan kluster-kluster kelmarin.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun
Kluster Sibulu berpunca daripada jurumampat lelaki, 46, bukan warganegara, dan tinggal di Kem 3, Sibulu.

Kes indeks ini mula bergejala sejak 24 Julai 2021 sebelum disahkan positif di Klinik TMC Tenom pada 27 Julai 2021 dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.