Lelaki parah dihimpit semasa baiki Vigo sendiri

PARAH: Keadaan mangsa yang dihimpit semasa membaiki kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Pulutan Manggatal.



KOTA KINABALU: Hasrat seorang lelaki membaiki kenderaan yang rosak di tepi jalan bertukar menjadi tragedi apabila kenderaan itu tiba-tiba terundur ke belakang lalu menghimpitnya.

Mangsa, Vun Fook Khiong, 53, mengalami cedera parah setelah dihimpit oleh kenderaan miliknya di Jalan Kampung Pulutan Menggatal dekat sini hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Laupen Nuar berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada jam 12.24 tengah hari sebelum menggerakkan lima pegawai pelbagai pangkat digerakkan ke lokasi.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, seorang mangsa dilihat berada di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Vigo.

“Difahamkan kejadian awal berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa berumur 53 tahun mengalami kerosakan di bahu jalan terbabit.


Lelaki parah dihimpit kenderaan sendiri
“Semasa membaiki kenderaan itu, mangsa bagaimanapun parah selepas dihimpit oleh kenderaan berkenaan yang bergerak sendiri ke belakang,” katanya.

Beliau berkata pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.

Katanya operasi keseluruhan ditamatkan jam 2.10 petang.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.