Fanzi Ruji menang cabaran TikTok #HeartAttackChallenge, tewaskan 4,000 peserta seluruh dunia!

Youtuber David Michael Frank kagum dengan persembahan vokal Fanzi Ruji di dalam cover lagu cabaran #HeartAttackChallenge seterusnya mengumumkan dia sebagai pemenang antara 4,000 peserta di platform TikTok

Pemenang cabaran antara 4,000 peserta di Seluruh dunia



JIKA anda perasan di TikTok dalam beberapa minggu ini, anda mungkin ada melihat orang yang mencuba cabaran #HeartAttackChallenge, di mana mereka merakamkan diri mereka menyanyikan potongan lagu Demi Lovato - Heart Attack.

Antara cabarannya adalah untuk mencabar sebahagian dari bahagian cover nyanyian yang dibuat oleh penyanyi YouTuber David Michael Frank, yang selalu menayangkan nyanyian Cover lagu di bawah channel 'Future Sunsets Official'.

Frank menerima lebih daripada 4,000 penyertaan dari penyanyi di seluruh dunia, dan baru-baru ini telah berkongsi video pemenang bagi cabaran tersebut, Siapa sangka pemenangnya merupakan penyanyi dari Malaysia bernama Fanzi Ruji.

Dalam video ini, Frank mengatakan video Fanzi "meletup" di TikTok, meraih lebih dari 3 juta tontonan di platform TikTok. "Semua orang tagging saya," katanya, dan memuji vokal bertenaga Fanzi yang hebat semasa melakukan rakaman persembahannya.


@frismyinitial

I am reuploading this one again because I didn’t tag the original sound (@david.michael.frank ) on my previous video for the challenge entry.

♬ Heart Attack Demi Lovato DMF - David Michael Frank
Fanzi Ruji mengalahkan 4,000 orang lain untuk memenangi #HeartAttackChallenge di TikTok.
"Tahniah, Fanzi, Mari berkerjasama!"

Fanzi menjelaskan dia mengambil bahagian dalam cabaran tersebut tetapi tidak menyangka bahawa cabaran itu sebenarnya adalah pertandingan nyanyian, dan sangat terkejut dan merasa terhormat untuk dinobatkan sebagai pemenang.



Setelah mengetahui dia pemenang dalam cabaran itu, dia membalasnya dengan ucapan:

This is so cool! This made my day! I can’t believe you actually picked me out of everyone. Thank you! Looking forward to collaborate (sic).

Fanzi Ruji

Artis Sabah

Anda boleh melihat persembahan kemenangan Fanzi di dalam video Frank di bawah, bermula dari durasi video pada 9:19. Anda juga boleh melihat TikTok Video Fanzi yang menakjubkan: DI SINI!

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.