Anggota polis mengeluarkan mayat seorang lelaki reput yang ditemui di kawasan semak belakang bangunan Pejabat Daerah Tamparuli semalam. |
TUARAN – Mayat seorang lelaki berusia 51 tahun ditemui di belakang bangunan Pejabat Daerah Tamparuli semalam.
Mayat lengkap berpakaian itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan sudah mula mereput oleh orang awam kira-kira pukul 5 petang.
Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd. Hamizi Halim berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 5.25 petang sebelum mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai ke lokasi kejadian.
“Mangsa dikenali sebagai Richard Amplos dan alamat terakhir di Kampung Bontoi, Tamparuli.
“Ibu mangsa memaklumkan seorang lelaki dikenali sebagai Amat datang bertemu dengannya untuk memaklumkan penemuan mayat anaknya tidak jauh dari rumah mereka.
“Ibu mangsa terus bergegas ke lokasi penemuan mayat itu sebelum menemui anaknya sudah meninggal dunia di kawasan semak dan membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Hamizi memaklumkan ibu mangsa mendakwa kali terakhir melihat anaknya sekitar pukul 8 pagi pada Jumaat lalu.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tuaran untuk bedah siasat selepas ujian saringan Covid-19 dijalankan.
Post a Comment