ABDUL RANI terkenang kejadian tersebut sewaktu membaca buku 69 Komando; Lahad Datu Mac 2013 baru-baru ini.
Tepat pukul 9.50 pagi hari itu, dua anggota Tentera Kesultanan Sulu (RSF) yang berdiri di belakang seorang lelaki dipercayai ketua mereka tanpa berlengah melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah dua anggota peninjau pasukan C, 69 Komando yang hanya berada kira-kira 15 meter di hadapan mereka.
Serentak itu juga dentuman tembakan bertalu-talu dilepaskan oleh lain-lain anggota RSF yang kemudiannya mara ke hadapan.
Sebaik mendengar tembakan itu, dua anggota peninjau pasukan C yang paling hadapan bertindak serta-merta berlindung di sebalik pokok kelapa sawit.
ABD. Rahim Jaafar (kiri) memegang buku 69 Komando pada majlis pelancaran buku 69 Komando : Lahad Datu di Kem Ulu Kinta, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Kisah sebenar pertempuran Lahad Datu dibukukan
Buat pertama kali kisah sebenar Pertempuran Lahad Datu, Sabah lapan tahun lalu yang melibatkan pasukan 69 Komando didedahkan secara terbuka kepada umum dalam sebuah buku khas, 69 Komando : Lahad Datu 2013 yang dilancarkan hari ini.Buku setebal kira-kira 170 muka surat dengan lebih 200 gambar berwarna serta gambar rajah dan peta itu memberi gambaran terperinci bagaimana peristiwa tersebut berlaku termasuk rentetan cemas pertempuran melibatkan 69 Komando di Kampung Simunul, Semporna.
Ia ditulis oleh bekas ketua pengarang majalah pertahanan Tempur, Muhammad Fuad Mat Noor dengan kerjasama Markas 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, Kem Ulu Kinta.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar berkata, penerbitan buku tersebut sangat penting kerana 69 Komando adalah pasukan yang terlibat secara langsung dalam peristiwa berdarah tersebut.
Menurut beliau, ia juga bagi dijadikan rujukan pada masyarakat tentang peristiwa itu dan pada masa sama dapat mengenali peranan pasukan 69 Komando.
“Buku ini telah berjaya memberi gambaran terperinci yang belum pernah ditulis atau didedahkan oleh mana-mana pihak yang terlibat.
“Penerbitan buku ini juga adalah langkah bijak bagi mengelak putar belit oleh mana-mana pihak. Peristiwa Lahad Datu banyak memberi iktibar. Saya berharap 69 Komando akan terus berkembang sejajar dengan dengan pembangunan semasa,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran buku 69 Komando : Lahad Datu 2013 di Kem Ulu Kinta di sini hari ini.
Hadir sama Komander 69 Komando, Senior Asisten Komisioner Abdul Razak Yusoff dan Ketua Polis negeri, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Pencerobohan dan serangan di Lahad Datu enam tahun lalu memahat sejarah hitam dalam 69 Komando apabila dua anggotanya, Asisten Superintenden Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud terkorban.
Sementara itu, pada sesi bual bicara yang diadakan pada majlis sama, detik-detik pertempuran itu turut dikongsi Timbalan Komander 69 Komando, Asisten Komisioner Abdul Rani Alias yang semasa itu mengetuai salah satu sektor serangan berkenaan pada 1 Mac 2013.
Abdul Rani berkata, dia dan pasukannya seramai 24 anggota mula memasuki kawasan berkenaan pada tengah malam 28 Februari 2013 bagi menjalankan operasi pengosongan terhadap 25 rumah di kawasan terbabit.
“Selepas mengosongkan kawasan, saya terdengar bunyi tembakan pada pukul 9.45 pagi dari kawasan Sektor Charlie dan Sektor Bravo yang terletak kira-kira 200 meter dari kawasan kendalian saya.
“Musuh melepaskan tembakan dan pertempuran meletus. Berdasarkan taktik, musuh bukan sebarangan kerana mereka mahir tapi berbekalkan latihan, tetapi kami juga terlatih dengan latihan-latihan tempur yang dilalui selama ini.
“Kami berbalas tembakan dibantu pasukan di sektor lain sehingga musuh berundur kira-kira satu jam kemudian,” ujarnya.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment