Pegawai khas nafi mesej tular Lajim Ukin meninggal dunia

Sebelum disahkan positif, Lajim, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sempat mengikuti rombongan lawatan kerja Ketua Menteri di Kudat.



KOTA KINABALU: Pegawai khas kepada Datuk Seri Lajim Ukim menafikan mesej tular bahawa Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu sudah meninggal dunia.

Menurut Utusan Malaysia, Dalam satu kenyataan dalam laman Facebook, Pegawai Khas kepada Lajim, Ismail Norazman memuat naik kenyataan yang menafikan mesej tular berkenaan.

“Saya meneima berita yang ditularkan dalam media sosial mengatakan Datuk Seri Lajim Ukin, Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia telah tiada. Beliau kini masih dalam keadaan stabil walaupun kritikal selepas ditidurkan sejak pukul 2 petang tadi. Sebaran berita itu adalah palsu.

“Saya berharap mesej yang tular tersebut dihentikan dan sebaran berita tidak sahih tidak dikongsi. Bersama kita mendoakan kesembuhan Datuk Seri Lajim melawan Covid-19 dan dia kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ,” katanya.

Lajim, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disahkan positif Covid-19 sejak 12 Ogos lalu dan dimasukkan ke hospital swasta berkenaan bermula 13 Ogos sehingga ke hari ini.

Namun, keadaan kesihatan beliau semakin merosot dan pihak hospital mengambil keputusan untuk tidurkan beliau bermula hari ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.