Penerima vaksin gembira dilindungi

RIANG: Chuan yang diberikan suntikan vaksin



PAPAR: Keriangan terserlah di wajah para penerima vaksin apabila menerima suntikan berkenaan demi melindungi diri daripada COVID-19.

Huo Che Chuan, 42, seorang Orang Kurang Upaya (OKU) anggota badan kelihatan tenang, namun telatah comelnya ketika disuntik mencuri perhatian lensa kamera media di lokasi.

"Adoi sakit....ada rasa pedas masa kena cucuk!," reaksinya ketika ditanya bagaimana keadaannya dia disuntik vaksin COVID-19 jenis Sinovac.

Dia menjelaskan tidak takut kepada jarum vaksin, ia penting agar mampu melindungi dirinya daripada COVID-19.

Anak kelima daripada 10 beradik itu tinggal bersama kakaknya di Kg Ulu Kimanis Batu 14, bersebelahan dengan lokasi di Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) SJK (C) Cheng Ming Papar, kelmarin

Dia ditemani abangnya, Ma'aruf Huo Abdullah, 46, untuk vaksinasi melalui Program Outreach Pendaftaran dan Vaksinasi COVID-19 CITF Daerah Papar.


VAKSINASI: Amza Aqilla menerima vaksin Sinovac dalam kenderaan
Berbeza dengan Chuan, seorang lagi OKU, Amza Aqilla Engelbert, 23, dari Kg Mandubai Bt 14 Ulu Kimanis menerima vaksin sama di dalam kenderaan bapanya, Engelbert Simok.

Dia yang merupakan OKU Autisme juga memahami tujuan dia divaksin setelah diberi penjelasan daripada ahli keluarga. Bin Gat tetap cekal hadir ke program outreach untuk mendapatkan vaksinasi

CEKAL: Bin Gat tetap cekal hadir ke program outreach untuk mendapatkan vaksinasi
Turut mendapatkan vaksinasi itu ialah warga emas OKU, Bin Gat Tinggalung, 92, yang kehilangan kaki kanan akibat jangkitan kuman, diiring petugas Jabatan Sularelawan Malaysia (RELA) menggunakan kerusi roda.

Melihat kepada komitmen dan solidariti golongan OKU ini, walaupun berdepan kesukaran untuk bergerak dengan kudrat sendiri tetapi mereka tetap cekal mendapatkan vaksinasi dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap negara.

Jadi, atas alasan apa lagi yang mahu terus dipertahankan oleh golongan antivaksin? Daftar dan vaksin dengan segera demi melindungi diri dan orang di sekeliling.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.