Ketika ditemu bual Awani pada Sabtu, Shafie menyifatkan bahawa Muhyiddin perlu sedar sebelum mengajak mana-mana pihak untuk berbincang, bahawa dia bukan lagi berada atas kapasiti sebagai Perdana Menteri.
Malah jelas Shafie beliau juga tidak layak dalam menentukan siapa yang layak sebagai bakal Perdana Menteri atau siapa yang tidak layak seperti yang diumumkan olehnya secara langsung dalam Ucapan Khas yang disiarkan semalam.
“Dalam Perlembagaan Perkara 43(2) adalah menjadi kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.
Bukanlah hak dia untuk tentukan siapa yang perlu jadi Perdana Menteri,” jelasnya.
Tambah bekas Ketua Menteri Sabah itu lagi, pemerintahan negara tidak akan berjalan dengan baik dan sempurna seandainya Tan Sri Muhyiddin berterusan bersikap demikian dan enggan meletakkan jawatannya.
“Jika kita lihat di Jepun misalnya sudah berapa kali tukar Perdana Menteri, di Thailand misalnya ia telah berlaku dan tidak hancur pun negara mereka,” katanya. – SINAR
Post a Comment