Petugas Jabatan Hutan Sabah terima ancaman keselamatan

Picture
PGA Briged Sabah mendedahkan petugas jabatan berkaitan hutan menerima ancaman keselamatan sekiranya menjalankan serbuan dan penguatkuasaan.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Petugas jabatan berkaitan hutan dan khazanah terima ancaman keselamatan

SANDAKAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah mendedahkan petugas jabatan berkaitan hutan menerima ancaman keselamatan sekiranya menjalankan serbuan dan penguatkuasaan.

Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kakitangan jabatan berkenaan sering menerima ancaman kerana mereka tidak dilengkapi senjata.


Keadaan itu menyebabkan mereka sukar bertindak bersendirian dalam menjalankan penguatkuasaan.

"Ancaman kepada agensi lain, seperti sedia maklum pasukan polis dibekalkan dengan senjata dan sebagainya, dan kami bergerak secara berkumpulan.

"Tetapi bagi lain-lain agensi ini, mereka orang awam bekerja dengan agensi. Jadi mereka ini mudah terdedah dengan ugutan sekiranya mereka mengambil tindakan secara bersendirian.


"Jadi dengan kerjasama ini, agensi-agensi boleh menyalurkan maklumat untuk kita ambil tindakan tanpa membahayakan anggota daripada lain-lain agensi yang membantu dari segi penyaluran maklumat dan seumpamanya,” kata Mohd Abduh.

Menurutnya lagi, terdapat banyak kes membabitkan senjata buatan sendiri di Sabah, malah banyak tangkapan sudah dilakukan sebelum ini.

Tambahnya, apa yang dikhuatiri adalah jika sekiranya petugas jabatan tidak bersenjata terpaksa berhadapan dengan mereka yang memiliki senjata buatan sendiri ketika bertugas.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Ops Bersepadu Khazanah, di sini, pada Jumaat.


Ops Bersepadu Khazanah yang dilancarkan bermula 9 hingga 31 Ogos ini adalah sebagai usaha membanteras kecurian hasil hutan, menahan pemburu haram, dan menghentikan pemerdagangan hidupan liar di Sabah.

Masyarakat di Sabah juga digesa membantu dengan menyalurkan maklumat berkaitan kejadian curi balak atau pemburu haram ke talian 019-2724611.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post