PKPD di 4 lokaliti di Sabah mulai 21 Ogos

PKPD akan dilaksanakan di 4 lokaliti di Sabah berkuatkuasa selama dua minggu, bermula Sabtu ini.



Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 4 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 21 Ogos hingga 3 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 21 Ogos hingga 3 September seperti berikut:

a) 2 Lokaliti di Telupid membabitkan Kampung Gambaron 1 dan Ladang Ribu Bonus.

b) 2 Lokaliti di perumahan ladang di Beluran, iaitu Perumahan Ladang Cepat Wawasan 7000 dan Perumahan Ladang Meridian Paitan.

Lanjutan PKPD hingga 3 Sept

2 lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulai Sebatik, Sabah.

Penamatan PKPD 20 Ogos

Perumahan Kilang Sawit Veeta, Tongod, Sabah.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.