PKPD akan dilaksanakan di 4 lokaliti di Sabah berkuatkuasa selama dua minggu, bermula Sabtu ini. |
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 4 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 21 Ogos hingga 3 September ini.
Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.
Pelaksanaan PKPD bermula 21 Ogos hingga 3 September seperti berikut:
a) 2 Lokaliti di Telupid membabitkan Kampung Gambaron 1 dan Ladang Ribu Bonus.
b) 2 Lokaliti di perumahan ladang di Beluran, iaitu Perumahan Ladang Cepat Wawasan 7000 dan Perumahan Ladang Meridian Paitan.
Post a Comment