PKPD di 5 lokaliti di Sabah mulai 17 Ogos

PKPD akan dilaksanakan di 5 lokaliti di Sabah berkuatkuasa selama dua minggu, bermula selasa ini.



KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 5 lokaliti di Sabah, berkuatkuasa 17 Ogos hingga 30 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata, 5 lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pelaksanaan PKPD di 5 lokaliti di Sabah bermula 17 Ogos hingga 30 Ogos adalah seperti berikut:

4 lokaliti di Kota Belud, melibatkan Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu, Kampung Suang Punggur dan Kampung Tambulaung

Taman Megah Jaya, Tawau, Sabah (Lorong Megah 2,3, 9, dan 10)

Penamatan PKPD 17 hingga 20 Ogos

Kampung Tagibang, Kota Marudu, Sabah

Penamatan PKPD 16 Ogos

Ladang Agathis, Kalabakan

Kampung Bakalau, Beaufort

Kampung Nosoob, Penampang

Perumahan Ladang Hibumas, Sungai- Sungai, Beluran

Kampung Gusung, Kota Kinabalu

Sementara itu, Hishammuddin berkata, sebanyak 96 premis diarahkan tutup serta-merta, manakala 149 individu dikompaun dan enam lagi direman kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Selain itu, katanya, empat pendatang asing tanpa izin ditahan, manakala enam kapal atau bot dan 11 kenderaan darat dikesan melalui aktiviti penglihatan Op Benteng.

"Seramai 507 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa, semalam, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 270,042 orang sejak 24 Julai lalu.

"Sejumlah 9,769 daripada mereka kini masih dikuarantin di Pusat Kuarantin Wajib, manakala jumlah kumulatif di bawa ke hospital sebanyak 3,974 orang dan dibenarkan pulang pula 256,299 orang," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post