PKPD di 6 lokaliti di Sabah mulai 26 Ogos

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 6 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 8 September.



Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 6 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 26 Ogos hingga 8 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 26 Ogos hingga 8 September seperti berikut:

a) 2 Lokaliti di Kampung Sentosa Blok 4 dan Batu 2 Lorong Saddani, Tawau.

b) 2 lokaliti di Kampung Sayap dan Kampung Rampayan Laut, Kota Belud.

c) Kuarters Kilang Mee Tien Hock di Penampang.

d) 3 Taman Sri Panglima di Beaufort.

Lanjutan PKPD 26 Ogos hingga 8 Sept

a) Kampung Pulau Penampang di Kota Kinabalu.

b) Kampung Gudon di Menggatal dan Kampung Lobou di Kota Kinabalu.

c) Kampung Menunggui di Kota Belud.

d) Kampung Tengah, Kinarut di Papar.Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru di Ranau.


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 24 Ogos

a) Bandar Sierra, Kampung Kalasanan, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia, Taman Putera Jaya di Kota Kinabalu.

b) Kuarters Kilang J&L di Jalan Kokol, Kota Kinabalu.

c) Kampung Petagas, Putatan.

d) Kampung Pogunon, Penampang.

e) Kampung Batu 1, Sipitang.

f) Kampung Bukit Kukusan, Tawau.

g) Kampung Batu-batu, Tenom.

h) Kampung Tempasuk 1 dan Kampung Tambulaung, Kota Belud.

i) Kampung Tagibang, Kota Marudu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.