Rahman Dahlan letak jawatan pengerusi Lembaga Pengarah UMS

Rahman Dahlan dilantik pengerusi lembaga UMS pada 3 Februari yang lalu.



Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Saya dengan ini meletak jawatan sebagai pengerusi ahli lembaga pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan serta-merta,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan, dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 3 Februari yang lalu.

Perletakkan jawatannya itu dikatakan selaras dengan keputusan yang telah diputuskan di dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos lalu.

“Maka, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah dengan serta merta.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah(UMS) serta merta.
“Tambahan itu, UMNO adalah sebuah parti perjuangan yang mendukung titah Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berpelembagaan seperti yang termaktub di dalam asas dan tujuan UMNO mengikut Fasal 3,” jelasnya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Abdul Rahman turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad kerana telah memberi peluang kepadanya selama ini.

“Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah.

“Akhir kata, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan Universiti Malaysia Sabah kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan saya di Universiti tersebut,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post