Kekalahan memalukan Sabah FC yang tewas 0-3 kepada Penang FC pada malam Ahad lepas menonjolkan kelemahan skuad itu. |
Kekalahan memalukan tonjol kelemahan Sabah FC
Dengan kehadiran semua pemain berpengalaman dalam kesebelasan utama, ia masih gagal membantu pasukan mencatatkan kemenangan pertama dalam 7 perlawanan.
Sabah FC perlu bangkit daripada kemelut kekalahan selepas mengalami kekalahan 3-0 kepada Penang FC 3-2 pada pusingan kedua Liga Super di Stadium Likas, malam tadi.
Dengan kekalahan itu, Sabah FC kekal tanpa kemenangan sepanjang tujuh perlawanan yang dilaluinya. Ia hanya mampu seri dalam tiga perlawanan dan tewas dalam empat lagi perlawanan.
Situasi tersebut menimbulkan persoalan, apa sudah yang berlaku dalam pasukan, yang mungkin memaksa ketua jurulatih Kurniawan Dwi Yulianto mencari strategi baharu bagi memantapkan pasukan agar lebih berdaya saing menghadapi lawan.
Sekali pun menurunkan kesebelasan utama dengan kehadiran lima pemain import dalam perlawanan dengan Penang FC di halaman sendiri menyebabkan pemain utama terbabit harus dipertanggungjawabkan dengan kekalahan besar itu.
Mereka melakukan permulaan dengan agak baik dan pemain veteran Amri Yahya mempunyai terbaik untuk menghasilkan gol pada minit ke-30 separuh masa pertama namun tandukannya sekadar mengenai palang gol lawan.
AKSI: Salah satu babak menyaksikan Josip Ivancic cuba menyaingi penjaga gol Penang FC dalam perlawanan di Stadium Likas, malam kelmarin. |
Pertahanan Sabah FC boleh dipersalahkan kerana ketika itu Casagrande tidak dikawal di dalam kotak penalti semasa melakukan tandukan itu.
Pemain import dari dari Brazil itu sekali lagi melakukan tandukan menewaskan pemain pertahan tuan rumah, Risto Mitresvki pada saingan babak separuh masa kedua, menewaskan penjaga gol Rozaimie Rohim.
Benteng pertahanan Sabah FC sekali lagi bocor setelah pemain import lawan, Sheriddin Boboev dari Tajikistan berjaya meloloskan diri untuk menyumbatkan gol ketiga pasukan pelawat pada minit ke-67.
Dengan kekalahan tentunya merisaukan Sabah FC yang hanya mempunyai tiga lagi baiki perlawanan dalam Liga Super termasuk dua perlawanan di tempat lawan.
Perlawanan Sabah FC berikutnya ialah menentang pasukan tercorot, Uitm FC di Stadium Uitm, Shah Alam, Sabtu ini.
Manakala dua lagi perlawanan mereka bertemu Selangor FC di Stadium Likas pada 5 September ini dan melawan Perak FC di Stadium Perak di Ipoh pada 12 September ini.
Kini persolan yang bermain di minda peminat bolasepak Sabah, adakah Sabah FC mempunyai persiapan rapi untuk mengharungi tiga baki perlawanan itu dengan kemampuan pemain yang telah puas dicatur Kurniawan namun tiada kenampakan kesannya.
Kelibat pemain-pemain senior yang menerima ganjaran lumayan dalam pasukan seolah-olah menjadi satu kesilapan kepada pengurusan susulan prestasi mereka kurang impak, tiada daya saing malah ada yang langsung tidak diturunkan dalam perlawanan sebelum ini.
Difahamkan kebanyakkan pemain yang sudah berusia, sudah dalam senarai pasukan sebelum kehadiran Kurniawan, jurulatih dari Indonesia diberi tanggungjawab mengemudikan pasukan.
Soalnya, apakah penolong jurulatih pasukan, Burhan Ajui tidak menyedari hal tersebut dan mengambil tindakan lebih bijak dengan mengenal pasti pemain-pemain yang lebih muda, bertenaga dan berpotensi yang sudah tentu boleh disyorkan menganggotai Sabah FC.
Sebelum nasi menjadi bubur, Sabah FC harus diselamatkan dan bangkit melihat ke hadapan dengan strategi baharu agar pasukan lebih bertenaga dan mempunyai daya saing menghadapi lawan mereka.
Sebelum ini, Pengarah Sabah FC, Datuk Dr Jelani Hamdan pernah membayangkan bahawa ramai bakat-bakat muda dari pasukan Sabah FC III dan Sabah FC IV sewajarnya diberi peluang serta diberi bimbingan untuk membukti kemampuan mereka beraksi dalam pasukan senior.
Post a Comment