SAPP kagum cara Perdana Menteri tangani masalah

Selepas Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Dato’ Seri Panglima Hajiji Noor menjelaskan kerajaan Sabah tetap utuh, Parti Maju Sabah (SAPP) pula kagum cara perdana menteri (PM) tangani masalah.



KOTA KINABALU: Selepas Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Dato’ Seri Panglima Hajiji Noor menjelaskan kerajaan Sabah tetap utuh, Parti Maju Sabah (SAPP) pula kagum cara perdana menteri (PM) tangani masalah.

Presiden SAPP, Dato’ Yong Teck Lee berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin tenang dan tidak goyah menangani cabaran politik yang dilemparkan terhadapnya.

Oleh itu beliau yakin Muhyiddin mampu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan September ini.

“Saya yakin usul undi percaya yang akan dibentang berpihak kepada Muhyiddin bagi meneruskan kepemimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Inilah pasukan yang sangat diperlukan negara dalam tempoh yang kritikal seperti sekarang,” katanya pada kenyataan media, semalam.


Presiden SAPP, Dato’ Yong Teck Lee
Semalam perdana menteri memberitahu usul undi percaya terhadapnya akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat September ini.

Menurutnya melalui cara tersebut kedudukan Muhyiddin dan kerajaan PN dapat ditentukan berlandas peruntukan perlembagaan.

GRS dibentuk pada 12 September 2020 yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Parti kompenan GRS terdiri daripada Umno, PBS, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA dan PAS.

Post a Comment

Previous Post Next Post