Shafie Apdal Gagal Tarik Sokongan GPS

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)





KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal gagal dalam usahanya untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili blok pembangkang.

Menurut sumber, Ahli Parlimen Semporna itu menyatakan beliau kecewa tidak dapat menarik sokongan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menamakannya sebagai calon Perdana Menteri.

Berikutan itu, difahamkan Mohd Shafie bersama tujuh lagi Ahli Parlimen Warisan mengambil pendirian menyokong Presiden PKR sebagai calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan yang juga Ketua Whip Warisan Datuk Rozman Isli berkata, semua Ahli Parlimen Warisan menghantar sendiri akuan bersumpah (SD) masing-masing ke Istana Negara melalui emel atau aplikasi Whatsapp.

“Kami sudah menetapkan keputusan bersama calon PM yang disokong Warisan, namun surat SD dihantar secara berasingan oleh setiap Ahli Parlimen,” katanya.

Picture
MP Semporna itu menyatakan beliau kecewa tidak dapat menarik sokongan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS)

Ahli Parlimen Kota Kinabalu dari DAP, Chan Foong Hin dalam satu kenyataannya secara simbolik menyatakan bahawa sokongan DAP Sabah hanya tertumpu kepada seorang calon Perdana Menteri yang dipersetujui PH sebelum ini.

Katanya, beliau dan Ahli Parlimen Tenom juga dari parti DAP di Sabah, Noorita Sual sudah menghantar SD ke Istana Negara pada tengah hari tadi selaras tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen untuk memilih Perdana Menteri kesembilan.

“Hanya ada satu calon PM (Perdana Menteri) bagi blok pembangkang. Parti Gabungan Sarawak (GPS) tidak mudah menyokong pencalonan Mohd Shafie sebagai Perdana Menteri,” katanya. – HMetro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post