LARI: Tahanan yang melarikan diri masih diburu polis. |
Orang awam diminta bantu kesan seorang tahanan yang masih bebas
PENAMPANG: Orang ramai diminta membantu polis dalam mengesan seorang lagi tahanan positif COVID-19 yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, suspek yang dikenali sebagai Mohd Rahman Basir, 24, adalah tahanan di bawah kesalahan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Menurutnya, pasukan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang masih giat memburu tahanan terbabit selepas melarikan diri kira-kira jam 3.30 pagi dari pusat kuarantin berkenaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta segera menghubungi bilik gerakan IPD Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pihaknya turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak melindungi tahanan berkenaan kerana ia boleh menyebarkan dan menjangkiti virus COVID-19 kepada komuniti.
Polis berjaya menangkap tiga tahanan kelmarin. |
Polis berjaya menangkap tiga tahanan terbabit di Lorong Wijaya 1 Taman Wijaya Menggatal Kota Kinabalu dalam keadaan lengkap berpakaian kemaja-T dan berseluar.
Post a Comment