ISI SINI . |
Kota Kinabalu: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berpendirian bahawa sokongan parti itu terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM), mewakili blok pembangkang.
Dalam kenyataan dikeluarkan, Setiausaha Agung UPKO, Nelson W Angang berkata, satu-satunya Ahli Parlimen mewakili UPKO iaitu Datuk Seri Madius Tangau sudah menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara, hari ini.
"UPKO konsisten dengan keputusan menyokong Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri baharu Malaysia.
"Presiden kami, Datuk Seri Madius Tangau yang juga Ahli Parlimen Tuaran sudah menghantar SD untuk mengesahkan sokongannya," katanya.
Menurutnya juga, kenyataan itu dibuat bagi menjelaskan pendirian UPKO sekiranya terdapat pihak mendakwa perkara sebaliknya.
Post a Comment