Warga asing curi kulit kayu tangar bernilai RM52,000 di Sungai Sugut Paitan, Beluran

Suspek warga asing yang ditahan selepas menceroboh hutan simpan dan mengambil kulit tangar.


Paitan: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai menceroboh hutan simpan dan mengambil kulit kayu tangar dalam kejadian di Sungai Sugut, Paitan, Beluran, semalam.


Dalam operasi jam 4 petang itu, Pasukan Op Bersepadu Khazanah (OBK) menjalankan operasi itu turut berjaya merampas 4,000 kilogram kulit kayu tangar dianggarkan bernilai RM52,000.

Operasi 'Op Bersepadu Khazanah' itu terdiri dari Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjalankan operasi bersama anggota Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, ketika pemantauan dilakukan, pasukan operasi mengesan lima khemah yang dipercayai menjadi tempat tinggal penceroboh hutan.


Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kawasan berkenaan menjalankan kegiatan menceroboh dan mencuri kulit kayu tangar.

"Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kesalahan hutan mengikut Enakmen Hutan 1968 dan Peraturan-Peelraturan Hutan 1969.

"Semua barang rampasan dan individu yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Katanya, empat khemah sementara yang diserbu juga dimusnahkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Sabah.

Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa like facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

Previous Post Next Post