2 Ditangkap Bawa 31kg Daun Ketum Di Kota Belud

2 Ditangkap Bawa 31kg Daun Ketum Di Kota Belud

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KOTA BELUD: Satu cubaan pengedaran daun ketum di daerah Kota Belud telah berjaya dipatahkan oleh pasukan Polis Narkotik IPD Kota Belud pada Isnin.

Tindakan 2 lelaki membawa masuk dan menjual daun ketum membawa padah selepas ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud.

Polis mengesahkan sebuah bas mini jenis van, Keningau-KK telah ditahan di Kg Siasai Tamu yang dinaiki oleh dua orang suspek berasal dari Keningau, Sabah.

Penahanan kedua-dua suspek telah membawa kepada penemuan 4 bungkusan plastik di bahagian belakang van berkenaan yang mengandungi daun berwarna hijau disyaki daun ketum seberat lebih kurang 31kg yang dianggarkan berharga RM630.


Kedua-dua suspek ditahan, manakala kenderaan serta barang kes telah dirampas dan dibawa ke Pejabat BSJND Kota Belud, Sabah untuk tindakan lanjut.

Siasatan dijalankan dibawah Sek. 30(3) Akta Racun 1952 ,elibatkan rampasan daun ketum.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Sahimi Husin berkata kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bas mini ditahan di Kampung Siasai Tamu di sini.

“Semasa ditahan polis menjalankan siasatan di dalam van yang dinaiki sebelum menemukan empat bungkusan plastik mengandungi daun berwarna hijau dipercayai daun ketum di bahagian belakang kenderaan berkenaan.

“Kesemua daun ketum seberat 31 kilogram itu dianggarkan bernilai RM630,” katanya.

Sahimi berkata hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek membawa bekalan daun ketum dari Keningau dan menjualnya di daerah ini dengan harga RM35 hingga RM40 sekilogram.

Suspek mendapat bekalan daun ketum daripada Keningau dan menjualnya di Kota Belud dengan harga sekilo RM 35 – RM 40, kata polis.

“Suspek yang berasal dari Keningau itu kemudiannya ditahan bersama barang kes dan dibawa ke IPD Kota Belud untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.