3 banduan lolos dari PKRC Tawau diburu polis

PETER Umbuas (tengah) menunjukkan gambar ketiga-tiga banduan yang melarikan diri dari PKRC Dewan Arena, Tawau tengah malam tadi.

Polis buru 3 banduan Warga Asing bolos dari PKRC

Polis melancarkan ‘Op Tutup dan Kesan’ di beberapa jalan utama sekitar daerah ini termasuk laluan laut bagi mengesan tahanan terbabit. PETALING JAYA: Tiga tahanan warga asing diburu polis selepas melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Arena Belia, Tawau, tengah malam tadi.


Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, tahanan terbabit dikatakan mengumpil kunci pagar sebelum memecahkan pintu tandas dan memanjat pagar pusat kuarantin terbabit.

Polis melancarkan ‘Op Tutup dan Kesan’ di beberapa jalan utama sekitar daerah ini termasuk laluan laut bagi mengesan tahanan terbabit.
Ketua Polis Daerah Tawau Peter Umbuas, berkata dua daripada mereka adalah warga Indonesia yang dikenali dengan nama Niko Matheus, 25, dan Hasyim Mubamada Syata, 34, manakala seorang lagi warga Filipina, Jimnajir Amnor, 23.

Katanya, polis melancarkan ‘Op Tutup dan Kesan’ di beberapa jalan utama sekitar daerah ini termasuk laluan laut bagi mengesan tahanan terbabit.


“Beberapa pasukan turut ditubuhkan untuk mengesan mereka membabitkan pelbagai jabatan iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Narkotik untuk memburu mereka,” katanya menurut laporan Harian Metro.

PETER Umbuas (tengah) menunjukkan gambar ketiga-tiga banduan yang melarikan diri dari PKRC Dewan Arena, Tawau tengah malam tadi.
Katanya, dua suspek itu adalah banduan yang telah didakwa dan dihukum atas kesalahan jenayah termasuk Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen manakala seorang lagi masih dalam perbicaraan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (reman).


“Seramai 16 tahanan ditempatkan di PKRC untuk menjalani kuarantin selepas didapati positif Covid-19 sebelum dihantar ke penjara Tawau. Kita masih lagi berusaha mengesan mereka termasuk mendapatkan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di talian 089-772 121 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.