Jurulatih polis dijangkiti Covid-19, cetus kluster di PULAPOL

COVID-19: Kluster Baharu Babit Pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Kluster baharu hari ini, iaitu Kluster Jalan Pahlawan – Kota Kinabalu, Penampang merupakan kluster jenis institusi latihan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster ini melibatkan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu yang terletak dalam Mukim Petagas.


Katanya, penularan jangkitan berlaku dalam kalangan pelatih konstabel polis, tenaga jurulatih polis, pekerja di dewan makan pusat latihan tersebut serta turut menjangkiti ahli keluarga.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun
Selain Kota Kinabalu, katanya, daerah Penampang turut melaporkan kes yang mempunyai kaitan dengan kluster berkenaan.


“Kes indeks adalah jurulatih polis, lelaki, 44, yang tinggal di Perumahan IPK Blok Orkid Kepayan dan disahkan positif pada 26 Ogos 2021 di Klinik Kesihatan Luyang, setelah bergejala sejak 24 Ogos 2021.

“Kes telah dimasukkan ke PKRC Pirasan Kota Belud untuk rawatan lanjut. Daripada 72 sampel yang diambil, 45 kes positif dikesan termasuk 41 kes baharu pada hari ini.


“Manakala sembilan sampel didapati negatif dan 18 masih menunggu keputusan ujian saringan,” jelas Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan medianya hari ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.