Kedai Nombor ekor dibenarkan beroperasi

Premis agensi nombor ramalan, kelab lumba kuda di Sabah dibenar beroperasi

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (Covid-19) telah bersetuju untuk membenarkan Agensi Nombor Ramalan dan Kelab Lumba Kuda beroperasi mulai 14 September 2021.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun yang memaklumkan ini berkata, ini selaras dengan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk membenarkan operator perjudian yang dilesenkan oleh MOF dan Kelab Lumba Kuda di bawah Lembaga Totalisator Malaysia untuk beroperasi mulai 15 September 2021.

Foto yang ditunjukkan hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja.

“Adalah diingatkan bahawa semua pekerja dan pelanggan untuk aktiviti ini hendaklah telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

Previous Post Next Post