Lelaki gagal dihubungi keluarga ditemukan mati di belakang flat Jalan Tuaran

Picture
PERIKSA: Pasukan perubatan menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Pekerjaan Pembersihan ditemui mati

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang gagal dihubungi ahli keluarganya sejak kelmarin ditemukan meninggal dunia di kawasan belakang sebuah perumahan flat di Jalan Tuaran berhampiran sebuah stesen minyak di sini semalam.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba yang lengkap memakai pakaian perlindungan diri menjalankan operasi membantu mengangkat mangsa keluar dari kawasan semak.

Picture
Pasukan bomba dan penyelamat hadir di lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa dari kawasan semak.
“Mangsa warga Indonesia berumur 50-an itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Terdahulu, mangsa ditemukan kira-kira jam 1 petang dalam keadaan terbaring di dalam semak oleh adik kandungnya.

Hasil temubual bersama adik mangsa yang enggan dikenali berkata mangsa gagal dihubungi sejak petang kelmarin dan usaha mencarinya cuba dilakukan oleh ahli keluarganya.

“Kali terakhir saya menghubungi abang pada jam 9 pagi kelmarin untuk memberitahu bahawa ada kesan runtuhan tanah di belakang flat berkenaan.

“Abang kemudian memberitahu dia akan naik ke bukit berkenaan untuk melihat keadaan tanah runtuh itu,” katanya.


Beliau berkata dia dan ahli keluarga cuba untuk menghubungi abangnya bagaimanapun panggilan mereka tidak disambut.

“Kami berusaha mencarinya dan hati saya terdetik untuk naik ke bukit itu dan saya amat terkejut dan sedih melihat abang saya terbaring dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, dia terus memaklumkan kepada ahli keluarga sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post