Lelaki Warga Asing Tidak Sempat lari, Maut dihempap Kayu Balak di Kg Kalabakan

Mangsa yang dihempap kayu balak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan. - Foto media sosial.

Tidak sempat lari, lelaki maut dihempap kayu balak

KALABAKAN: Seorang lelaki warga asing maut selepas dihempap kayu balak di pangkalan balak, Kampung Kalabakan, di sini kelmarin.


Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa, Musa Baco Tang, 46, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian badan. Menurut sumber, mangsa yang juga pekerja syarikat pembalakan di situ sedang membuka ikatan di lori yang membawa muatan kayu balak.

MAUT: Sebuah jentera sedang mengangkat kayu balak tersebut untuk mengeluarkan mangsa.
Bagaimanapun, sebatang kayu balak berkenaan tiba-tiba tergolek dan menimpa mangsa yang tidak sempat melarikan diri. Berdasarkan video yang tular, beberapa rakan sekerja mangsa terpaksa menggunakan jentera berat untuk mengangkat kayu balak berkenaan bagi mengeluarkan mangsa.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Peter yang dihubungi turut memaklumkan pihaknya telah menerima laporan polis dan sedang melakukan siasatan lanjut.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa Musa Baco Tang, 46, dihempap kayu balak ketika cuba membuka ikatan pada lori yang membawa muatan kayu dalam kejadian di Kampung Kalabakan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan.

Kejadian itu mendapat reaksi ramai selepas rakaman yang dipercayai diambil rakan sekerja mangsa turut tular di media sosial.


Rakaman berdurasi 12 minit itu memaparkan sebuah jentera sedang mengangkat kayu balak yang menghempap mangsa sebelum dialihkan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja di premis berkenaan dikatakan sedang membuka ikatan di lori berkenaan.

Bagaimanapun, sebatang kayu balak di atas lori berkenaan tiba-tiba tergolek dan terus menghempap mangsa yang tidak sempat melarikan diri.

SOURCE: UTUSAN BORNEO

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.