17 Delta, 2 Beta kes jangkitan Covid-19 baharu di Sabah

19 Kes Jangkitan Varian Membimbangkan (VOC) di Sabah. KKM mengatakan dalam facebooknya hari ini bahawa kes-kes baru itu dikesan antara 31 Ogos dan 13 September.

Kes-kes tersebut adalah sebahagian daripada 61 kes jangkitan Varian membimbangkan (VOC) - 59 Delta dan 2 Beta - direkodkan bulan ini dikesan antara 31 Ogos - 13 September di seluruh negara.

PETALING JAYA: Sebanyak 61 kes baharu varian membimbangkan (VOC) dikesan dalam negara antara 31 Ogos sehingga semalam.

Noor Hisham berkata, situasi itu menjadikan jumlah keseluruhan kes dijangkiti wabak kategori VOC dan varian perlu diwaspada (VOI) sebanyak 1,385 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan. Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data menunjukkan 20 kes varian Delta dilaporkan di Selangor diikuti Johor (14), Kuala Lumpur (enam), Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing satu kes.


Sabah mencatat 19 kes VOC iaitu 17 kes varian Delta dan 2 Beta.

Beliau berkata, Institut Biologi Molekular Perubatan UKM (UMBI) mengenal pasti 23 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesan 38 kes.


KKM mengatakan dalam tweet hari ini bahawa kes-kes baru itu dikesan antara 31 Ogos dan 13 September.

“(Daripada kesemua kes VOC tersebut 36 kes membabitkan varian Delta (B.1.617.2) dan dua kes varian Beta (B.1.351),” kata beliau menerusi Facebook malam tadi.




Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,365 kes VOC manakala baki kes VOI.

Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC, sebanyak 1,141 kes varian Delta, Beta (211), Alpha (14) manakala VOI terdapat 13 kes varian Theta, Kappa (empat) serta Eta (tiga). – UTUSAN

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.