MAYAT mangsa dibawa keluar sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. FOTO ihsan bomba |
Wanita Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah
KOTA KINABALU: Kebimbangan seorang anak terhadap keadaan ibunya selepas panggilan telefonnya tidak berbalas berakhir tragedi apabila wanita itu ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Taman Jaya Diri, di sini, hari ini.Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Jumiah Suradi, 65, yang tinggal seorang diri ditemukan meninggal dunia selepas bomba memecahkan pintu.
Petugas Kementerian Kesihatan mengusung mayat wanita yang meninggal dunia di rumah di Taman Jaya Diri, Sepanggar di Kota Kinabalu hari ini. – Foto BOMBA |
“Difahamkan, anak mangsa cuba menghubunginya sejak semalam tetapi gagal dan sebelum itu mangsa ada mengadu sakit dan sesak nafas.
Petugas Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di rumah di Taman Jaya Diri Sepanggar di Kota Kinabalu hari ini.-IHSAN Bomba |
Agustavia berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, di kawasan perumahan sama, seorang lelaki berusia 80 tahun terpaksa dibantu dengan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
Agustavia berkata, mangsa didapati tidak sedarkan diri namun pemeriksaan lanjut mendapati masih terdapat denyutan nadi.
Katanya, pihak KKM kemudiannya berusaha menyelamatkan mangsa sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Utusan Online
Kongsikan artikel ini:
Post a Comment