Akan datang! Jurassic Park: Sabah
KOTA KINABALU: Penggemar dinosaur tempatan kini berpeluang melihat reptilia prasejarah itu di sebuah taman keluarga baharu di Kiulu yang mempamerkan haiwan-haiwan ini dalam bentuk animatronik.Terbina atas tanah seluas tiga ekar dan dikendalikan oleh syarikat Visiont Ventura, Jurassic Land Kiulu bakal menjadi produk eko-pelancongan baharu yang menawarkan pengembaraan safari dinosaur kepada pengunjung.
Dinamakan Jurassic Land Kiulu, taman rekreasi yang baru dibangunkan di Kiulu itu dijangka dibuka untuk kunjungan orang ramai apabila Sabah memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi.
Berkongsi minat yang sama terhadap dinosaur membawa 3 sahabat mengusahakan taman keluarga yang unik yang dipanggil “Jurassic Land Kiulu”.
Joniston Bangkuai (dua kanan) menerima cenderahati daripada Ketua Pegawai Eksekutif Jurassic Land Kiulu Sam Chan.
Dibina di atas tanah seluas tiga ekar dan diuruskan oleh syarikat Visiont Ventura, Jurassic Land Kiulu akan menjadi produk eko pelancongan baharu yang sangat dinanti-nantikan yang menawarkan pengembaraan safari dinosaur kepada para pengunjung.
Pengasas bersama, Ady Kim berkata, taman ini dirancang untuk dibuka kepada umum pada fasa ke-3 Pelan Pemulihan Nasional (PPN), sambil menambah terdapat sembilan dinosaur animatronik yang tersedia untuk dilihat.
“Dalam setiap kemelesetan dan pandemik, ada peluang yang terbuka. Kami faham pelancongan yang paling terkesan selama ini, tetapi semua orang masih perlu untuk keluar sama ada dalam masa terdekat ataupun nanti.
Joniston Bangkuai (tengah) diberi lawatan ke Jurassic Land Kiulu oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Sam Chan (kiri) dan pengasas taman bersama Ady Kim. (Gambar Lembaga Pelancongan Sabah)
“Anak-anak sudah terlalu lama terperap dalam rumah. Kami berharap dapat menyediakan tempat untuk dikunjungi oleh keluarga tempatan apabila keadaan bertambah baik.
“Jurassic Land adalah terbuka untuk semua orang dan anda tidak perlu berjalan jauh untuk menikmati masa yang berkualiti bersama keluarga dan orang tersayang,” katanya.
Ady berkata, idea untuk membina Jurassic Park versi Sabah ini bermula semasa sesi minum kopi bersama rakannya, Sam Chan dan Jason Poi, yang semuanya peminat filem Jurassic Park.
Terkenal sebagai destinasi eko pelancongan, tiga rakan tersebut melihat Kiulu sebagai lokasi paling sesuai untuk taman yang dirancang oleh mereka.
“Kami memilih Kiulu terutamanya kerana persekitaran hijau semula jadi dan subur, yang merupakan tempat yang sempurna untuk Taman Tema Dinosaur.
“Kawasan taman ini memiliki pemandangan Gunung Kinabalu yang megah dan indah. Selain itu, Kiulu bagaikan permata yang belum banyak diterokai, dan mudah diakses dari sekitar Kota Kinabalu,” kata Ady, sambil menambah pengunjung juga dapat menikmati arung jeram (white water rafting, trekking dan mendaki.
Pengasas bersama taman, Ady Kim.
Antara aktiviti dan kemudahan yang terdapat di Jurassic Land Kiulu adalah kafe, pertunjukan dinosaur, Flying Zipline, Jumpoline dan Cycle 8 Park.
Baru-baru ini, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai mengunjungi taman tersebut untuk menerokai produk pelancongan baharu. Dia ditemani oleh Timbalan Pengurus Besar STB (Bahagian Kewangan dan Produk), Julinus Jimit.
Joniston, yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, berkata pembukaan Jurassic Land Kiulu ini akan membantu meningkatkan lagi pelancongan desa terutama di Kiulu dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
“Keberanian untuk membuka perniagaan pelancongan baharu di masa pandemik masih berleluasa ini wajar diberikan pujian. Saya yakin ini adalah produk baharu yang dinantikan oleh semua orang apabila sektor pelancongan selamat untuk dibuka semula.
“Di sebalik cabaran yang dihadapi, STB selalu menggalakkan pengusaha pelancongan dan penduduk tempatan untuk tampil dengan produk pelancongan yang unik untuk memberikan pengalaman menarik dan baharu kepada pengunjung dan pelancong,” katanya.
Joniston Bangkuai (bertopi dua kanan) melawat paparan animatronik T-Rex.
Joniston berharap lebih banyak syarikat akan melabur dalam pembangunan produk pelancongan di Kiulu yang terkenal dengan arung jeram, trekking dan berbasikal, antara lain.
“Kepelbagaian tempat tarikan pelancong akan menggalakkan pengunjung untuk tinggal lebih lama di Kiulu yang seterusnya akan membawa kesan ekonomi yang luar biasa kepada masyarakat setempat,” kata Joniston, yang juga ADUN Kiulu.
SOURCE: Warta Oriental
Kongsikan artikel ini:
Post a Comment