Taufiq menemani Noraini semasa lawatan ke UMS PPV. |
UMS sambut baik saranan Ketua Menteri, sasar 3,000 penerima vaksin remaja 12-17 tahun pada hari pertama
KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyambut baik terhadap pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji, Noor berhubung pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun.Seiring dengan itu, Naib Canselor UMS, Prof Datuk ChM. Ts. Taufiq Yap Yun Hin memaklumkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMS telah memulakan pemberian vaksin kepada golongan tersebut bermula hari ini.
“Kita mensasarkan seramai 3,000 remaja mendapatkan vaksin ini pada hari ini melibatkan vaksin jenis Pfizer.
Taufiq (kiri) mengiringi Noraini dalam kunjungan ke PPV IPT UMS |
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengiringi Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang mengadakan lawatan ke PPV IPT UMS, di sini, hari ini.
Menurut Taufiq, Menteri KPT turut menyokong penuh terhadap inisiatif tersebut yang sejajar dengan matlamat kementerian untuk membantu mencapai imuniti kelompok dengan memberikan vaksin seramai mungkin kepada masyarakat di negeri Sabah.
“Pada lawatan ini, saya juga telah memberikan taklimat berkaitan perkembangan semasa dan aktiviti yang dijalankan PPV IPT UMS sejak ia mula beroperasi pada 14 Jun 2021.
“Menteri menyokong penuh usaha-usaha yang telah kita lakukan termasuk program-program outreach pemberian vaksin seperti di kawasan pedalaman luar Kota Kinabalu, kawasan yang terllibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dan pemberian vaksin di Penjara Kota Kinabalu,” katanya.
SOURCE: Warta Oriental
Kongsikan artikel ini:
Post a Comment