PM, Ismail Sabri semasa mengadakan lawatan ke lokasi kejadian tanah runtuh, di Kg. Segunau Madsiang, Jalan Tambunan, Penampang. |
Bantuan sewajarnya akan disalurkan segera kepada mangsa banjir, tanah runtuh - Perdana Menteri
PENAMPANG: Kerajaan akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa terjejas dalam insiden tanah runtuh serta banjir kilat yang melanda daerah ini serta Kota Kinabalu dalam masa terdekat.Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang juga EXCO Kesihatan negeri Ir Shahelmey Yahya berkata pihaknya peka berkenaan kejadian hujan lebat yang luar biasa sehingga menyebabkan banjir kilat yang agak buruk di Kota Kinabalu, Penampang serta Putatan.
“Kejadian menyebabkan ramai penduduk di daerah terbabit terjajas dan turut membabitkan kehilangan nyawa.
“Sehingga kini kita masih mengumpulkan laporan dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah terbabit bagi membolehkan kita mengerakkan jentera serta menghulurkan bantuan yang sewajarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan tinjauan di lokasi kejadian tanah runtuh, di Kg. Segunau Madsiang, Jalan Tambunan, Penampang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurutnya Ismail mengadakan tinjauan berkenaan sebaik mendapat taklimat pembangunan negeri Sabah di Menara Kinabalu semalam.
Katanya selepas lawatan terbabit, Ismail sendiri mengarahkan agar bantuan sewajarnya akan disalurkan kepada mangsa terlibat.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan Jabatan Kaji Cuaca berkenaan keadaan cuaca yang mengalami peralihan monsun yang dijangka sehingga November dengan membawa jumlah hujan yang agak tinggi.
“Saya juga menharapkan agar mangsa terjejas agar bersabar dan redha dengan ujain yang melanda.
“Memang hujan yang turun kelmarin adalah kejadian yang agak luar biasa dan saya nasihatkan kepada penduduk agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri sendiri.
“Penduduk yang tinggal di kawasan cerun yang menunjukkan ada risiko tinggi terutamanya dinasihat agar segera berpindah untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
SOURCE: Utusan Borneo
Kongsikan artikel ini:
Post a Comment