Berjuang Hampir 2 Dekad, Atlet Bina Badan Wanita Sabah Ini Pula Cipta Sejarah Raih 2 Pingat Emas

Picture
Untuk kejuaraan ini, Meilaura menyasarkan untuk merangkul sekurang-kurangnya satu pingat emas. Namun, keputusan yang diperolehnya kali ini telah menjangkau sasaran dan ianya adalah sesuatu yang amat mengejutkan dan membanggakan dalam masa yang sama. Tahniah Meilaura! Anak Sabah memang luar biasa! 👏🏻✨
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Meilaura Dora Jimmy diangkat sebagai penerus legasi ikon bina badan wanita Malaysia, Lilian Tan.

Berjuang Hampir 2 Dekad, Atlet Bina Badan Wanita Sabah Ini Pula Cipta Sejarah Raih 2 Pingat Emas. Pasukan bina badan Malaysia yang kini beraksi di 12th WBPF Bodybuilding and Physique Sports Championship 2021, Tashkent, Republik Uzbekistan sekali lagi mengejutkan arena sukan tanah air apabila satu-satunya wakil wanita dalam acara bina badan, Meilaura Dora Jimmy berjaya merangkul 2 pingat emas.


Atlet yang berasal dari Sabah ini sekaligus menambah koleksi pingat Malaysia apabila dua pingat perak sebelumnya dirangkul oleh atlet bina badan lelaki asal Sarawak, Buda Anchah dan Malvern Abdullah.


Meilaura berentap dalam acara bina badan wanita kategori bawah 55 kg dan berjaya menewaskan peserta wanita antarabangsa yang lain untuk menduduki tangga pertama sekaligus meraih pingat emas. Satu lagi pingat emas diperolehi oleh Meilaura setelah diisytiharkan sebagai pemenang untuk kategori keseluruhan.

Picture
Meilaura (tengah) bersama pingat emas yang dimenanginya. Sumber : Youtube UZFBF

Berjuang hampir 2 dekad untuk pingat emas pertamanya

Mengenang kembali pembabitannya dalam dunia sukan bina badan, beliau mengakui telah berjuang selama hampir dua dekad untuk sampai ke tahap ini. Meilaura mula bergiat aktif dalam sukan ini sejak tahun 2004. Pengorbanan yang dilakukan sepanjang kariernya sehingga kini dirasakan berbaloi dengan kemenangan pingat emas dalam kejuaraan ini.

Berkata kepada akhbar tempatan, beliau menyasarkan untuk membawa pulang pingat emas dalam setiap kategori yang disertainya. Untuk kejuaraan di Tashkent, Uzbekistan ini, Meilaura menyasarkan untuk merangkul sekurang-kurangnya satu pingat emas. Namun, keputusan yang diperolehnya kali ini telah menjangkau sasaran dan ianya adalah sesuatu yang amat mengejutkan dan membanggakan dalam masa yang sama.

Picture
Sumber : Facebook

Dalam satu lagi acara iaitu Mixed Pair, Meilaura bergandingan bersama Buda Anchah dan berjaya meraih pingat perak untuk kategori tersebut. Pencapaian itu juga adalah sesuatu yang memberangsangkan memandangkan ini adalah kali pertama kem bina badan Malaysia menghantar wakil dalam kategori tersebut.

Picture
Meilaura turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Persekutuan Bina Badan Malaysia, jurulatih Othman Yahya dan individu-individu lain yang secara langsung mahupun tidak langsung membantu persiapannya ke kejuaraan ini serta memberi sokongan padu.

Penerus legasi Lilian Tan

Dalam edisi tahun 2014, Meilaura berjaya meraih pingat gangsa sewaktu ikon bina badan wanita negara, Lilian Tan masih aktif dalam sukan ini. Lilian Tan merupakan atlet bina badan wanita Malaysia yang cukup disegani dan merupakan pemenang kejuaraan dunia sebanyak 4 kali. Ikon tersebut memenangi kejuaraan dunianya yang terakhir pada tahun 2018 sebelum bersara pada tahun yang sama.

Kini, legasi tersebut nampaknya bakal disambung oleh Meilaura Dora Jimmy.

Picture
Lilian Tan (kiri), juara dunia bina badan wanita 4 kali dan penerus legasinya, Meilaura Dora Jimmy (kanan). Kredit : Twitter/Facebook

Untuk pengetahuan anda, Meilaura juga merupakan satu-satunya wakil tunggal wanita negara yang menyertai kejuaraan tersebut di samping atlet bina badan lelaki seperti Buda Anchah, Malvern Abdullah, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dan Ahmad Faiz Ariffin. Pasukan Malaysia menamatkan saingan di Uzbekistan dengan rekod cemerlang meraih 2 pingat emas, 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Tahniah Meilaura dan pasukan Malaysia!

SOURCE: iloveborneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post