Deretan 5 Rumah Kedai 'Lejen' di Pekan Kimanis roboh dilanda angin kencang

Picture
Pasukan bomba melakukan kerja pembersihan selepas 5 kedai kayu roboh di pekan Kimanis, Papar. -Foto ihsan Bomba
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


YANG TINGGAL KINI HANYA KENANGAN

KIMANIS : Rumah Kedai 'Lejen' di Pekan Kimanis Lama akhirnya tersembam runtuh akibat fenomena angin dan hujan yang melanda Pantai Barat dan Pedalaman Bawah di Sabah semalam.

Picture
Difahamkan, kedai 5 pintu yang berusia lebih 70 tahun itu sudah tidak digunakan kerana struktur bangunan yang usang.

Angin kencang menyebabkan lima kedai kayu di pekan Kimanis, di sini, roboh, 6.30 pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Katanya, susulan laporan diterima pada pada 6.51 pagi, lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dikerah ke lokasi kejadian.


"Sebaik tiba, keadaan bangunan kedai berkenaan ranap sepenuhnya dan pasukan bomba terus membuat kerja pembersihan.

"Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan sekitar kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Picture Picture Picture
Bangunan kedai lama di Pekan Kimanis, Papar, runtuh akibat kejadian angin kencang dan hujan lebat yang berlaku sejak awal pagi Selasa.

Menurutnya, kedai berkeluasan 557 meter persegi roboh dipercayai berpunca angin kencang.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.33 pagi.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.