Kalau Tandatangan MoU Mungkin Ahli Parlimen Warisan Tidak Didakwa, Kata Shafie

Picture
Presiden Warisan Shafie Apdal juga menegaskan Warisan tidak perlu menandatangani MoU dengan kerajaan, sebaliknya boleh duduk semeja dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob jika mahu membincangkan hal berkepentingan untuk rakyat.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KUALA LUMPUR: Presiden Warisan Shafie Apdal berkata Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli mungkin tidak akan didakwa di mahkamah esok sekiranya partinya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan.

Ketika mempertahankan Rozman, Shafie berkata Ahli Parlimen Warisan berkenaan tidak terlibat secara langsung dalam kes yang dikaitkan, dipercayai melibatkan salah guna kuasa.


“Pasal apa kes itu berlaku. Kes ini (berlaku pada) 2020. Kita tak tandatangan memorandum dan ini berlaku.

“Kalau kita tandatangan memorandum kemungkinan perkara itu tidak berlaku,” katanya dalam satu forum Rasuah Busters di Facebook Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Rozman yang dilaporkan bakal menghadapi tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.


Ini susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa seorang Ahli Parlimen akan didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah, sama ada untuk dirinya, saudara atau sekutu.

Rozman sendiri mengesahkan dirinya adalah individu itu, dengan mendakwa kerajaan cuba menuduhnya menyalahgunakan kuasa ketika menjadi ahli Lembaga Pelabuhan Labuan, selepas gagal dipujuk melompat parti meninggalkan Warisan.


Dalam pada itu, Shafie menegaskan Warisan tidak berkeperluan untuk menandatangani MoU dengan kerajaan.

Sebaliknya, beliau berkata, pihaknya boleh sahaja duduk semeja dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob jika mahu membincangkan hal berkepentingan untuk rakyat. – FMT

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post