Ketua mekanik cetus Kluster Blok 03 di Kinabatangan
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu diisytiharkan di Sabah hari ini, iaitu Kluster Blok 03 – Kinabatangan yang diklasifikasikan sebagai kluster komuniti yang menular di salah sebuah ladang sawit di Kinabatangan.Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah ketua mekanik, warga tempatan, 58, yang menjalani saringan masuk kerja ke ladang di sebuah klinik swasta di Lahad Datu pada 21 Oktober 2021.
“Dalam saringan itu, kes indeks dikesan positif 100 peratus grading RTK-Ag dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan. Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 19 kes positif Covid-19 dalam kalangan kontak sosial, pekerja dan tanggungan.
“Siasatan, persampelan Covid-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang lain yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.
Katanya, dalam saringan itu, kes indeks dikesan positif 100% grading RTK-Ag dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan.
“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 19 kes positif Covid-19 dalam kalangan kontak sosial, pekerja dan tanggungan.
“Siasatan, persampelan Covid-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang lain yang berhampiran,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan medianya hari ini.
Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata ‘trend’ jangkitan Covid-19 di Sabah tidak banyak berubah sejak beberapa hari lalu.
Katanya, hari ini saja menyaksikan sedikit penurunan iaitu sebanyak 49 kes kepada 592 kes berbanding 641 kes semalam.
“Jumlah kes di daerah Kota Kinabalu adalah yang tertinggi di Sabah dan hari ini menambah enam kes baharu. Begitu juga di Beaufort (+17), Kota Marudu (+14), Kinabatangan (+18) dan Tambunan (+16) yang merekodkan pertambahan.
“Sebanyak 202 kes atau 34.1 peratus daripada 592 kes yang direkodkan hari ini adalah kes lewat didaftar dua hari atau lebih selepas keputusan saringan diketahui.
“Di Kota Kinabalu, 74 daripada 76 kes adalah kes lewat didaftar, masing-masing 25 kes di Papar dan Tenom serta masing-masing 14 kes di Kota Belud dan Lahad Datu,” katanya.
Katanya, Sabah tidak merekodkan pesakit baharu Covid-19 dalam Kategori 5 hari ini, manakala empat orang dalam Kategori 4 dan tiga orang dalam Kategori 3.
Beliau berkata, pesakit dalam Kategori 2 adalah yang paling ramai iaitu 468 orang atau 79.1 peratus daripada jumlah kes hari ini, manakala seramai 102 orang atau 17.2 peratus dalam Kategori 1.
SOURCE: Warta Oriental
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment