Kanak-kanak 3 tahun jatuh dari jambatan dikhuatiri lemas

Picture
OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi SAR di sekitar kawasan Sungai Tawau.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Kanak-kanak jatuh Sungai Tawau ditemui lemas

TAWAU: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang terjatuh dari jambatan ke dalam Sungai Tawau di Kampung Jawa Lanut semalam, ditemui lemas pada 8.19 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Julius John Stepen berkata pihaknya menemui mayat Mohd Alif Amuddin tersangkut di akar kayu di tepi sungai, kira-kira 600 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.


“Kami menyambung operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada 8 pagi dan selepas beberapa minit operasi bermula, salah seorang anggota SAR ternampak mayat mangsa di pokok bambu di tepi sungai,” katanya kepada Bernama.

Menurut Julius, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Semalam dilaporkan pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.45 petang dan operasi SAR terus dijalankan sebelum ditangguhkan pada 6.06 petang.


Sementara itu bapa mangsa, Amuddin Mustapah, 40, berkata ketika kejadian mangsa bersama tiga kanak-kanak lain bermain di rumah datuknya yang berdekatan sungai.

“Namun ketika bermain saya difahamkan Alif tergelincir dari tepi jambatan dan masuk ke dalam sungai, kawan-kawannya yang melihat kejadian meminta bantuan orang ramai,” katanya sambil menahan sebak.

Sebelum kejadian, Amuddin berkata anaknya yang merupakan kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap itu meminta izin untuk bermain di rumah datuknya yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.


Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan di Kampung Jawa Lanut, di sini kelmarin.

Picture
Menurut bomba, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. (Gambar Bernama)

Difahamkan, kanak-kanak yang berumur tiga tahun itu tergelincir jatuh ke Sungai Tawau kira-kira jam 2.30 petang, namun sehingga kini masih gagal ditemui.


Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.45 petang.

“Sepasukan enam anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pasukan SAR termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyusuri sungai pada jarak dua kilometer radius pencarian dari lokasi kanak-kanak itu jatuh,” katanya.


Menurutnya, pasukan SAR masih gagal mengesan mangsa dan terpaksa menangguhkan operasi itu kira-kira jam 6.05 petang.

“Usaha mencari akan disambung hari ini (Ahad) dan maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post