Ketua Penerangan Warisan keluar parti

Picture
ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

ADUN Sindumin keluar WARISAN


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dilapor keluar Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Difahamkan, Dr Yusof yang juga Ketua Penerangan WARISAN membuat keputusan meninggalkan parti itu malam tadi, dipercayai kerana kecewa dengan perjuangan WARISAN yang semakin hilang arah.

Beliau yang menyertai WARISAN sejak awal parti itu diwujudkan pada 2016 dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai tindakannya minggu depan.

Sumber terdekat kepada Ketua WARISAN Sindumin itu berkata, Dr Yusof keluar parti kerana mahu terus membantu rakyat di kawasannya.


Pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) 26 September tahun lalu, Dr Yusof mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dengan majoriti 424 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan empat calon lain.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 2018, Dr Yusof menang kerusi DUN Sindumin atas tiket WARISAN selepas mengalahkan calon BN yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Sapawi Ahmad.


Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Inovasi negeri di bawah kerajaan WARISAN hingga Julai tahun lalu apabila DUN Sabah dibubarkan.

Sebelum menyertai WARISAN, Dr Yusof adalah pemimpin UMNO dan pernah memegang beberapa jawatan termasuk Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika menjadi Ahli Parlimen Sipitang pada 2004 hingga 2007.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post