Meilaura awalnya aktif memanah sebelum bergelar juara dunia bina badan

Picture
Buda Anchah dan Meilaura Dora Jimmy dengan pingat perak mereka. - Kredit gambar Facebook Ronny Buda
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Pemenang 2 pingat emas Kejohanan Bina Badan Dunia, Meilaura Dora Jimmy, mendedahkan bahawa dia pada awalnya aktif dalam sukan memanah dan hanya mengangkat bebanan untuk mendapatkan kecergasan.


Bagaimanapun, keputusannya untuk mengubah haluan kepada sukan bina badan ternyata membuahkan hasil apabila dia meraih dua pingat emas dalam Kejohanan Dunia di Uzbekistan pada Selasa lalu.


Atlet kelahiran Sabah itu memenangi pingat emas acara terbuka wanita dan kategori atas 55 kilogram dan sempat berkongsikan permulaannya dalam sukan bina badan kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, dalam Nadi Weekend hari ini. "Sebenarnya, saya pada mulanya terlibat aktif dalam sukan memanah dan mula membina badan kerana mahu mendapatkan kecergasan di gimnasium.

"Ini merupakan pingat emas pertama saya, sukar untuk menggambarkannya dengan kata-kata kerana saya tidak sangka dapat bergelar juara dunia dengan dua pingat emas.

Picture
Pemenang yang layak: Meilaura, diapit oleh pemenang pingat perak Buda Anchah (kiri) dan Malvern Abdullah, mempamerkan dua pingat emasnya yang dimenangi di Kejuaraan Bina Badan Dunia dan Fizik di Tashkent.

"Kerana kalau diikutkan, jaguh-jaguh dunia ini hebat-hebat semuanya.



"Ditambah dengan keadaan pandemik ketika ini, negara 'lockdown' dan gimnasium ditutup, ia tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan latihan saya di rumah dan dalam masa yang sama menjaga diet dan nutrisi pemakanan saya.


"Ia sesuatu yang agak sukar," katanya.

SOURCE: Stadium Astro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post