Warisan kecewa pembentangan kedua RUU MA63 ditangguh

Picture
Shafie pindaan berkenaan MA63 telah dikaji dengan teliti dan dibincangkan sejak pentadbiran terdahulu, namun masih belum selesai. - Gambar fail
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KUALA LUMPUR : Parti Warisan Sabah (Warisan) kecewa pembentangan rang undang-undang (RUU) bagi meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditangguhkan.

Picture
Presiden Warisan Shafie Apdal (kanan) dan timbalannya Darell Leiking telah memuji Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana meneruskan isu itu tetapi merasakan ia perlu dibentangkan segera. (Gambar Bernama)

Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, penangguhan itu turut mengecewakan rakyat Sabah dan Sarawak yang telah lama menanti pembentangan keduanya selepas gagal memperoleh sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen dua tahun yang lalu membabitkan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan


Ujarnya, perkara berkenaan telah dikaji dengan teliti dan dibincangkan sejak pentadbiran terdahulu, namun masih belum selesai.

Picture
Datuk Seri Shafie Apdal mengatakan kelewatan mengemukakan cadangan pindaan perlembagaan untuk mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak agar sejajar dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mengecewakan. – Gambar fail

"Warisan memuji komitmen dan usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Beliau telah berusaha keras untuk memastikan semuanya berjalan lancar di Parlimen. Malangnya, Kabinet tiba-tiba memutuskan untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut dari pihak Peguam Negara.


"Penting untuk menyokong MA63 kerana itu adalah dalam lingkungan kepentingan rakyat dan negara," kata Shafie dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau lagi, pembentangan RUU berkenaan tidak termasuk dalam kertas aturan bagi mesyuarat kedua, sesi keempat sidang ke-14 Parlimen yang bakal berlangsung pada 25 Oktober hingga 16 Disember 2021.

SOURCE: Awani

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post