Pendaki wanita didakwa dirasuk di KM 4 denai Gunung Kinabalu

MANGSA (duduk) cuba ditenangkan oleh seorang anggota unit MoSAR.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Pendaki wanita didakwa dirasuk

RANAU: Satu kejadian pelik berlaku di Gunung Kinabalu pada malam Khamis lalu membabitkan seorang pendaki wanita.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, dalam kejadian pukul 7 malam di Km 4 denai Gunung Kinabalu itu, wanita berusia 50-an itu berkelakuan tidak normal dan didakwa dirasuki.

“Unit Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MoSAR) kami dimaklumkan oleh pemandu mangsa berhubung keadaan pendakinya dan lima anggota diketuai Pegawai Operasi PBB Quintin Gangok bersama dua kakitangan Taman-Taman Sabah bertindak menangani perkara itu.



“Apabila pasukan tiba, wanita itu didapati dalam keadaan meracau dan berkelakuan tidak normal. Selepas percubaan awal untuk menenangkan mangsa, kami mengambil keputusan untuk membawa wanita itu turun ke Timpohon Gate menggunakan Robinson Stretcher,” katanya.

Ridwan berkata, kemungkinan keletihan melampau, ditambah dengan suhu sejuk serta paras oksigen yang semakin menipis, menyebabkan mangsa berkelakuan demikian walaupun kejadian sebegitu jarang berlaku.


Beliau berkata, di Timpohon Gate, mangsa diserahkan kepada keluarganya untuk dibawa ke rumah mereka. Operasi tamat pada jam 1.20 pagi.


Usaha mendaki Gunung Kinabalu semakin mencabar sejak kebelakangan ini, lebih-lebih lagi selepas lapan insiden berlaku sepanjang Januari tahun ini membabitkan pendaki wanita yang terpaksa dipikul menuruni gunung oleh anggota Mosar.

SOURCE: DE

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.