Peter umum Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)

Peter Anthony ketika mengumumkan parti baharunya di sebuah sidang media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini. FOTO BERNAMA

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Peter Anthony tubuh parti KDM selepas keluar WARISAN

KOTA KINABALU: Bekas pemimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony mengumumkan penubuhan parti baharu, Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) sebagai platform untuk meneruskan perjuangan politiknya bersama beberapa bekas pemimpin WARISAN yang lain.

Picture
KDM parti baharu diterajui Peter (tengah) menunjukkan dokumen pendaftaran Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) ketika tiba di KKIA, hari ini. - NSTP/YUN MIKAIL

Ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, beliau memaklumkan, penubuhan parti berkenaan sudah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 18 Februari lalu.



"Kita akan buat membuat pelancaran secara rasmi parti ini pada 13 Mac depan. Selepas itu, kita turut merancang menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini menerajui kerajaan negeri apabila gabungan berkenaan didaftarkan secara rasmi kelak," katanya.


Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim yang dilantik sebagai Timbalan Presiden KDM dan Setiausaha Agung, Dr Gaim @ James Lunkapis.


Peter dan Juil mengumumkan keluar WARISAN pada 27 Disember lalu.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.