Gadis melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak selepas didakwa dicabul, disamun oleh pemandu e-hailing

Gadis itu mengalami kecederaan di badan berikutan dia melompat keluar dari kenderaan.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Polis buru pemandu e hailing cabul dan samun penumpang

Kota Kinabalu: Seorang gadis nekad terjun dari kenderaan e-hailing untuk menyelamatkan diri selepas dicabul dan disamun pemandu dalam kejadian di Kampung Kobuni, Jalan Kionsom, Inanam, pagi tadi.

Picture
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun yang bekerja sebagai jurujual mengalami kecederaan dan diselamatkan penduduk kampung berhampiran.

Picture
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman

Mangsa dikatakan menempah perkhidmatan e hailing kenderaan jenis Perodua Axia warna biru gelap untuk ke tempat kerjanya di Manggatal.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, kenderaan dipandu lelaki bernama ‘Zahir’ mengatakan akan mengambil jalan singkat iaitu melalui jalan Kionsom kerana jalan sesak.

Katany, ketika berhampiran dengan air terjun Kionsom, suspek meminta mangsa untuk beralih ke tempat duduk hadapan.

“Suspek kemudian memegang paha mangsa dan berikutan itu, mangsa memberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu.



“Namun pemandu (suspek) kemudian mengeluarkan pisau kecil dari begnya dan meminta wang daripada mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang bimbang diapa-apakan lalu bertindak melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak.

“Mangsa kemudian menghubungi rakannya sebelum mengambil mangsa dan membawanya ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.

“Mangsa yang luka di bahagian siku dan lutut kemudian membuat laporan polis jam 1.14 tengah hari tadi di Balai Polis Inanam,” katanya.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan jenis itu disyaki palsu dan didaftarkan ke atas sebuah kereta Proton Saga.


“Siasatan kini giat dijalankan bagi mengesan suspek yang memandu kereta jenis Perodua Axia.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Inspektor Riduan Abd Majid di talian 0105144059 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

-Deasoka

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.