Anak kelahiran Sabah , Penny Wong, jadi menteri luar Australia

Menteri Luar Australia yang baharu, Penny Wong (kiri) berjabat tangan dengan Gabenor Jeneral David Hurley selepas mengangkat sumpah semasa majlis di Rumah Kerajaan di Canberra pada 23 Mei 2022. (Foto oleh SAEED KHAN / AFP)

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Wanita Asia Pertama Pegang Jawatan Dalam Kabinet, Anak Sabah Ini Jadi Menteri Luar Australia

PETALING JAYA: Anak kelahiran Malaysia, Penny Wong, dijangka dilantik sebagai menteri luar Australia, dalam majlis angkat sumpah barisan menteri pertama, esok, selepas pilihan raya umum negara itu.

Picture
Penny Wong (dua kanan) dilihat semasa bantahan terhadap keganasan seksual dan ketidaksamaan jantina di ibu kota Australia, Canberra. — Foto AFP

Penny berkelulusan undang-undang dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah namun berpindah ke Australia pada 1976 ketika berusia lapan tahun.



Beliau pertama kali dilantik sebagai anggota Senat mewakili Parti Buruh pada 2001 dan pernah dua kali dilantik semula pada 2007 serta 2013, menurut laporan Berita Harian, yang memetik AFP.

Bawah kerajaan Kevin Ruud pada 2007, Penny dilantik menteri perubahan iklim dan air dan selepas pilihan raya umum 2010, dilantik sebagai menteri kewangan.


Picture
Penny Wong pernah dilantik sebagai menteri perubahan iklim dan air, menteri kewangan dan terbaharu bakal mengisi jawatan menteri luar Australia. (Gambar AP)

Pada 2013 Penny dilantik sebagai ketua kerajaan di Senat dan selepas pertukaran kerajaan pada tahun sama, beliau dilantik ketua pembangkang di Senat iaitu wanita pertama bagi memegang kedua-dua jawatan itu.

Susulan pilihan raya umum 2016 pula, Penny dilantik semula sebagai ketua pembangkang di Senat dan sebagai menteri luar dalam Kabinet bayangan parti Buruh.

Beliau dijangka menyertai perdana menteri baharu Australia, Anthony Albanese, yang akan akan bersama Amerika Syarikat (AS), Jepun dan India pada sidang kemuncak Quad selama dua hari, dalam tugas rasmi pertama selepas memenangi pilihan raya kebangsaan.


Albanese berkata, anggota daripada pasukan kerajaannya akan mengangkat sumpah, esok, sekali gus membolehkan beliau menghadiri sidang kemuncak di Tokyo pada keesokan harinya bersama Penny.


Kumpulan Quad disatukan oleh keinginan negara anggota untuk mengimbangi saingan ekonomi dan geopolitik China yang berkembang selain ketenteraan dan pengaruh teknologi.


Australia semakin berwaspada dengan pengaruh Beijing di rantau Pasifik yang pesat berkembang.

Baru-baru ini, China menandatangani perjanjian keselamatan dengan Pulau Solomon, mencetuskan kebimbangan Amerika AS dan Australia bahawa ia mungkin mewujudkan pangkalan tentera di negara Pasifik itu.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post