Ramai Terkejut Bila Dengar Harga Upah ‘Porter’ Di Gunung Kinabalu Ini

‘Murahnya, Sekilo RM5?’ – Pendedahan Upah Porter Di Gunung Kinabalu Ini Buat Netizen Terkejut

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu mungkin pernah menggunakan khidmat porter untuk mengangkat barang. Dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut, Gunung Kinabalu bukanlah tempat yang mudah untuk mendaki apatah lagi untuk membawa barang dengan banyak.


Baru-baru ini pula, pendedahan dari seorang porter yang bertugas di sana telah mencuri tumpuan ramai di media sosial. Semuanya apabila dia berkongsikan harga upah yang diterimanya untuk mengangkat barang sehingga ke Laban Rata yang mengambil sejauh 6 kilometer ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, lelaki tersebut yang berkerja sebagai porter di Gunung Kinabalu itu menjawab soalan yang diajukan pengikutnya itu. Menurutnya, upah yang diterima adalah mengikut berat barang di mana RM5 akan diberikan untuk setiap kilogram.
@jvymius97_aolm #jawapan kepada @user9076455044982 #fyp ♬ bunyi asal - Jvy weterproof_AOLM



Manakala masa yang diambil untuk sampai mendaki ke atas adalah selama 4 jam dan 3 jam untuk turun. Mendengarkan harga upah yang diterimanya ini, rata-rata netizen berasa terkejut dengan harga tersebut yang dianggap terlalu murah.

Malah ada yang menganggap upah yang diberikan tidak berbaloi dengan kerja yang dilakukan itu ditambah pula cabaran yang perlu dihadapi semasa mendaki. Dalam masa yang sama, netizen turut berharap harga upah yang diberikan pada lelaki itu akan dinaikkan setimpal dengan kerja keras yang diberikan.

“Sekilo 5 ringgit? Tolong double kan harga tu at least.”

Picture

“Sangat underpaid.”

Picture

“Murahnya. Dia cakap RM5 terus nangis weh. Susahnya mencari duit.”

Picture

“Bang satu kilo RM10 lah at least. Walaupun saya ni tak berduit tapi 1 kilo RM5 terlalu murah.”

Picture


SOURCE: Sumber: jvymius97_aolm / himpunanceritalawak

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.