Farrell cipta kejutan penuh bergaya menyampaikan emas SUKMA pertama Sabah

Atlet Lompat Tinggi dari Sabah Farrel Glenn Felix Jurus meraikan kegembiraan selepas berjaya memenangi pingat emas bagi acara lompat tinggi lelaki akhir pada #SUKMA di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Beliau mencatat ketinggian 2.15m. Foto 📸 Shafiq Hashim | BERNAMA

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



SUKMA: Farrell sumbang Emas Pertama Sabah Bagi Acara Sukan lompat tinggi

Kuala Lumpur: Status 'budak mentah' empat tahun lalu akhirnya dipadam Farrell Glenn Felix Jurus pada penampilan keduanya di Sukan Malaysia (Sukma) apabila berjaya meraih emas acara lompat tinggi di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Picture
FARELL menang emas lompat tinggi. FOTO Bernama

Lebih membanggakan, kejayaan atlet Sabah berusia 20 tahun itu hadir selepas mengatasi pemenang gangsa Sukan Sea Hanoi yang juga rakan senegerinya, Mohamad Eizlan Dahalan yang terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tempat kedua.

Picture
Pelari lompat tinggi Farrell (kiri) dan Mohd Eizlan telah memperoleh emas dan perak untuk Sabah.

Farell memastikan kilauan emas menjadi miliknya selepas mencatatkan lompatan 2.15 meter (m) mengatasi Eizlan (2.06m) manakala Kuan Jyh Yunn dari Perak meraih gangsa (2.03m).

Kejayaan Farrell menyaksikan dia menebus kekecewaan pada penampilan pertamanya yang ketika itu berusia 16 tahun di Sukma 2018 di Perak apabila dia pulang dengan tangan kosong.

Emas dimenangi atlet berasal dari Tenom itu juga adalah emas pertama buat kontinjen Sabah pada temasya kali ini.

Picture
Farrell di podium bersama Mohd Eizlan dan Kuan. — Foto oleh Chimon Upon

"Sudah tentu saya berbangga dengan kejayaan ini apatah lagi dapat merekodkan catatan peribadi terbaik saya di sini. Saya juga gembira dapat menewaskan Eizlan yang lebih berpengalaman daripada saya.

"Kunci kejayaan saya adalah fokus dalam latihan, jaga makan, tidur awal dan yang paling penting disiplin," katanya yang gagal dalam usaha melakukan lompatan setinggi 2.18m tetapi percaya masa akan tiba untuk dia merekodkan catatan itu.

Farrell, berkata fokusnya selepas ini adalah untuk melayakkan diri ke Sukan Sea Kemboja tahun depan.

"Saya tidak pernah beraksi di Sukan Sea dan ia adalah impian saya. Namun, saya sedar perlu bekerja keras dan meningkatkan lagi prestasi bagi melayakkan diri ke temasya itu," katanya.



Sementara itu, acara lempar cakera wanita menyaksikan atlet Johor, Nur Atiqah Sufiah Md Hanizam memenangi emas dengan catatan 44.99m manakala Nani Sahirah Maryata dari Pahang meraih perak (39.97m) dan atlet Sarawak, Vanessa Niega Franky gangsa (35.38m).

Saingan bagi acara lompat kijang wanita pula diungguli atlet Perak, Nurul Ashikin Abas yang mencatatkan 12.81m diikuti Ng Yu Jie dari Pahang meraih perak (11.79m) manakala gangsa menjadi milik atlet Sabah, Dayang Shari Uluk (11.53m).

Bagi acara lontar peluru lelaki, atlet remaja kebangsaan, Jonah Chang Rigan yang mewakili Sarawak memenangi emas dengan catatan 16.65m diikuti atlet Perlis, Kamal Farhan A Rahma meraih perak (16.31m) manakala Farm Loong Deng gangsa (15.84m).

SOURCE: RED BULL

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post