'Magis' kuartet wanita Sabah menjadi
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Persiapan singkat selama seminggu tidak menghalang kuartet 4x100 meter (m) wanita Sabah mencipta ‘magis’ apabila meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.Larian bertenaga telah dipamerkan Feova Lim Yi Fie, Chelsea Cassiopea Evali Bopulas, Nur Aishah Rofina Aling dan Patronella Lisong untuk mencatat 46.84 saat (s) menewaskan juara bertahan Terengganu yang meraih pingat perak dengan 47.42s manakala Pahang pula memenangi gangsa dengan 47.89s.
Chelsea selaku pelari terakhir berkata mereka sangat bersyukur kerana berjaya membawa pulang pingat emas berdasarkan prestasi konsisten yang ditonjolkan rakan sepasukan ketika sesi latihan.
Kontinjen Sabah terus meraih pingat emas🏅. Pasukan wanita Sabah mengungguli 4 x 100m wanita sekaligus menambah koleksi pingat emas buat negeri di bawah bayu itu dengan catatan masa 46.84 saat. Tahniah buat Sabah🔥.
“Kami tidak melihat negeri lain sebagai pencabar, dari separuh akhir ke final, kami cuma kekalkan tahap kelajuan dan fokus terhadap diri sendiri.
“Sebenarnya, kejayaan ini memang besar untuk kami kerana ini kali pertama kami bergandingan sebagai pasukan dan mempunyai masa hanya seminggu untuk berlatih ke Sukma,” katanya.
Sementara itu, kuartet 4x100m lelaki Terengganu ternyata dalam kelas tersendiri apabila berjaya mempertahankan pingat emas dimenanginya pada edisi 2018 pada penampilan kali ini selepas merekodkan 40.59s.
Kuartet dari Pantai Timur itu dibarisi Abdul Wafiy Roslan, Ruslem Zikry Putra Roseli, Zulfiqar Ismail dan Hasrul Najmi Badrul menewaskan pasukan Perak (40.95s) yang meraih perak diikuti Selangor (40.97s) untuk gangsa.
“Kalau ikutkan pencabar adalah dari Perak dan Negeri Sembilan namun saya bersyukur kerana kami berempat masih diberi kepercayaan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, persatuan dan rakyat Terengganu untuk menjadi wakil untuk membawa pulang pingat lagi dalam edisi kali ini,” katanya.
-- BERNAMA
Kuartet Lim Yi Fei, Chelsea Cassiopea, Nur Aishah Rofina Aling dan Patronella Lisong itu melepasi garisan penamat dengan pingat emas selepas mencatat kepantasan 46.48s.
Terengganu dengan 47.42s meraih perak, manakala Pahang yang ditunjangi ratu pecut Sukma 2022, Nur Sarah Adi berpuas hati memenangi gangsa (47.89s).
Kemenangan Sabah itu amat bermakna kerana pelari mereka dilatih oleh jurulatih masing-masing, dan hanya berpeluang berkumpul seminggu sebelum temasya.
“Kami tidak melihat negeri lain sebagai pencabar dari separuh akhir ke final, kami cuma kekalkan tahap kelajuan dan fokus terhadap diri sendiri.
“Sebenarnya, kejayaan ini memang besar untuk kami kerana ini kali pertama kami bergandingan sebagai sepasukan,” kata Chelsea yang bertindak sebagai pelari terakhir.
SOURCE: BERNAMA
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment